AIR


Definisi Air

Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.

Air juga mampu wujud dalam 3 bentuk  :-

Ais (pepejal) <=> Air (cecair) <=> Wap (gas)

Di muka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap ditemui terutama dalam bentuk cecair. Walau bagaimanapun, terdapat juga kuantiti air yang besar yang wujud dalam bentuk gas (wap) di atmosfera dan dalam bentuk pepejal (ais dan salji).

Formula kimia bagi air adalah H2O, yang membawa maksud setiap molekul air mengandungi dua atom hidrogen dan satu atom oksigen.Hubungan terjadi antara elektron-elektron yang membentuk bahagian luar atom dan merupakan mata rantai kuat yang dinamakan ikatan kovalen.
Molekul air boleh diuraikan kepada unsur asas dengan mengalirkan arus elektrik melaluinya. Proses ini yang dikenali sebagai elektrolisis menguraikan dua atom hidrogen menerima elektron dan membentuk gas H2 pada katod sementara empat ion OH- bergabung dan membentuk gas O2 (oksigen) pada anod. Gas-gas ini membentuk buih dan boleh dikumpulkan.

Air juga merupakan bahan pelarut semesta. Ini disebabkan molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen bergabung dengan satu atom oksigen pada sudut 105 darjah antara keduanya. Struktur ini menjadikan molekul air mempunyai caj positif di sebelah atom hidrogen dan negatif di sebelah atom oksigen. Oleh yang demikian, molekul air adalah dwikutub.

Ciri suhu. ketumpatan yang unik membenarkan pembentukan persekitaran berstratum yang akhirnya mengawal ciri-ciri kimia dan biologi persekitaran akuatik. Lapisan yang terbentuk hasil daripada tegangan permukaan yang tinggi membolehkan sesetengah organisma menggunakannya sebagai permukaan untuk hidup.

Keupayaan air untuk melarut bahan-bahan lain membolehkan tumbuh-tumbuhan akuatik mendapat nutrien yang diperlukan untuk proses fisiologi daripada air di sekelilingnya. Tumbuh-tumbuhan akuatik seperti alga hijau tidak memerlukan struktur khusus untuk menyerap nutrien atau sistem pengangkutan yang kompleks seperti yang ditunjukkan oleh tumbuhan daratan untuk mengangkut bahan-bahan ini ke tisu yang memerlukannya.

Air dan mineral boleh memasukinya melalui sebarang bahagian jasad tumbuhan ini dengan cara resapan sahaja. Bahan-bahan ini akan meresap masuk melalui selaput sel yang terdedah kepada persekitaran luar. Bekalan oksigen yang diperlukan oleh haiwan dan organisma lain juga mampu dibekalkan disebabkan oleh keupayaan melarut ini.




KEPENTINGAN AIR KEPADA MANUSIA


HARI INI AIR YANG KITA MINUM TIDAK LAGI BERKUALITI, BERZAT & SELAMAT. INI DISEBABKAN OLEH PENCEMARAN KIMIA, PEWARNA & PENGAWET.


  • Apabila umur anda meningkat, kadar kolesterol anda juga meningkat. 
  • Makanan segera, air minuman berasid, tidak bersenam dan selalu stress menyebabkan tahap kesihatan anda menurun. 
  • Rajah di bawah menunjukkan keadaan pembuluh darah yang hampir tersumbat. 
  • Tindakan mesti di ambil segera supaya saluran yang tersumbat dapat dibersihkan. 
  • Jika anda lambat, organ-organ anda akan kurang mendapat bekalan oksigen dan zat-zat makanan. 
  • Akhirnya organ-organ penting dalam badan anda akan sakit dan seterusnya kurang berfungsi dan anda akan diserang dengan pelbagai penyakit kronik. 
  • Penyakit yang disebabkan pembuluh darah tersumbat ialahJantung, Ginjal, Kaki, Mata, Darah Tinggi dan sebagainya. 


RINGKASAN FUNGSI DARAH
  • Bertindak sebagai sistem pengangkutan dari tubuh badan dan menghantar semua bahan kimia, oksigen dan nutrien yang berkhasiat yang diperlukan tubuh supaya fungsi normalnya dapat dipenuhi dan menyingkirkan karbon dioksida serta hasil buangan yang lain. 
  • Sel darah merah menghantar oksigen ke tisu dan menyingkirkan sebahagian karbon dioksida. 
  • Sel darah putih menyediakan banyak bahan perlindungan dan kerana tindakan fogosototik oleh beberapa sel, dapat melindungi tumbuh dari sebarang bakteria. 
  • Rembesan dalaman, hormon dan enzim dihantar dari organ ke organ dengan peraantaraan darah. 
  • Plasma berfungsi mengagihkan protein untuk pembentukan tisu menyegarkan cecair tisu kerana melalui cecair ini semua sel tubuh menerima makanannya dan merupakan kenderaan untuk mengangkut bahan buangan ke pelbagai organ rembesan untuk dibuang. 


“TOKSIN YANG MENYERAP KE DALAM DARAH MERUPAKAN FAKTOR UTAMA KEPADA PELBAGAI PENYAKIT ATAU SAKIT PADA TUBUH BADAN MANUSIA…”




APAKAH TOKSIN?

  • Toksin dalam tubuh badan manusia terjadi kerana pencemaran. 
  • Antaranya pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian.
  • Ini merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. 
  • Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti Tumor,Kanser, Migrain dan sebagainya. 
  • Fakta daripada pelbagai jenis penyakit mendapati bahawa 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. 
  • Dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan seseorang sedang berusaha menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh. 
  • Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya. 


Kesan daripada toksin dalam tubuh badan:-

  • Penyakit kulit 
  • Demam 
  • Tumor 
  • Penyakit jantung 
  • Tekanan darah tinggi 
  • Alergi 
  • Asma 
  • Pundi Hempedu 
  • Batu karang 
  • Pengerasan saluran darah 
  • Sakit sendi 
  • Sengal-sengal tulang 
  • Sembelit 
  • Perut kembung 
  • Barah payudara 
  • Kemerosotan daya seksual (ke arah mati pucuk) 


Oleh itu langkah awal perlu di ambil untuk mencegah penyakit-penyakit seperti di atas dengan menyingkirkan toksin dari tubuh badan untuk mengawal sebarang penyakit.



TAHUKAN ANDA?

  • 1 daripada 4 rakyat Malaysia akan menghidap kanser dan penyakit kronik. 
  • 3 Juta rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti. 
  • 800 ribu rakyat Malaysia menghidap Kencing Manis.
  • Sakit Jantung merupakan pembunuh nombor 1 dunia -WHO. 
  • Kanser Payudara merupakan pembunuh nombor 1 wanita – WHO. 
  • Kebanyakkan rakyat Malaysia meninggal dunia disebabkan stress.
  • Ramai lelaki Malaysia mengalami masalah mati pucuk. 


KEPENTINGAN AIR DALAM TUBUH BADAN ANDA

  • Air merupakan unsur yang sangat penting bagi kehidupan. 
  • Kandungan air dalam OTAK 74%, OTOT 75%, DARAH 82%,TULANG 22%, GIGI 5%, HATI 69% dan BUAH PINGGANG 82%. 
  • Manusia boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan, tetapi tanpa AIR, akan menyebabkan dehidrasi dan akan mati dalam masa beberapa hari sahaja. 


FUNGSI AIR
  • Menggerakan fungsi tubuh – air memainkan peranan penting bagi merangsang proses biologikal dan kimia yang berada di dalam tubuh badan. Tanpa air, darah tidak mengalir, oksigen dan zat makanan tidak akan dipindahkan, sisa tidak akan dihapuskan dan organ badan tidak berfungsi. 
  • Menjalankan proses detoksifikasi - Setiap hari tubuh kita terdedah kepada unsur toksin. Buah-buahan, sayur-sayuran mempunyai kandungan racun, kandungan timah di dalam ikan, antibiotik & hormon di dalam produk daging dan bahan pengawet & pewarna tiruan di dalam makanan dan minuman yang diproses. Kebanyakkan penyakit berpunca daripada pengaruh toksin yang terdapat di dalam air, udara dan makanan. 
  • Mengahalang dehidrasi dan penyakit – Hampir semua penyakit adalah disebabkan oleh kekurangan air. Masalah jerawat, penghadaman, obesiti, sendi dan masalah yang lebih serius seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi dan juga kanser. Tanda awal kekurangan air ialah bibir kering, keletihan, pening kepala, insomnia dan banyak lagi.