JAMINAN MAKANAN

JAMINAN MAKANAN

Jaminan makanan biasanya bermakna "memiliki makanan yang mencukupi, seimbang dan halal dari segi budaya dan agama, yang mengizinkan kehidupan yang sihat dan produktif". Di peringkat keluarga, jaminan makanan bermakna setiap ahli keluarga, tanpa mengira umur, jantina atau keadaan fizikal, memiliki bekalan makanan berkhasiat yang mencukupi dan berkekalan 


POTENSI JAMINAN MAKANAN DI MALAYSIA

Dalam konteks globalisasi, untuk memastikan jaminan makanan adalah sukar disebabkan sesebuah negara tidak ada pilihan untuk memastikan polisi ekonomi mereka apabila berkaitan dengan jaminan makanan. Ini adalah kerana pasaran adalah terbuka. Dalam era globalisasi, petani yang miskin dari negara yang menbangun terpaksa bertanding dengan petani dari negara membangun disebabkan pemansuhan tarif dan halangan di antara negara dalam bidang perdagangan. Malaysia mempunyai potensi yang baik untuk mengeluarkan dan memenuhi permintaan makanan negara. Sebagai sebuah negara yang berasaskan pertanian, Malaysia telah dikurniakan sumber-sumber yang bersesuaian dengan pengeluaran makanan. Keadaan cuaca yang bersesuaian, hujan yang mencukupi dan kelembapan yang bersesuaian merupakan syurga untuk tanaman jenis makanan.

Selain itu, potensi yang juga terdapat di sektor pertanian Malaysia adalah golongan muda. Mereka inilah yang merupakan generasi yang dapat meneruskan pertanian. Kebanyakan mereka ini adalah berasal dari keluarga petani dan mempunyai pengalaman dalam pengusahaan ladang pertanian sejak kecil lagi. Tambahan pula, generasi inilah yang juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Ini bermakna negara kita mempunyai golongan yang berpengetahuan, pengalaman, penuh tenaga dan berpotensi untuk menjadi usahawan dalam sektor pertanian. Mereka ini adalah berupaya untuk meluaskan dan meningkatkan pengeluaran pertanian negara kita dan juga menolong dalam usaha untuk mengurangkan bil import makanan. Selain itu, negara kita juga mempunyai tanah yang mencukupi untuk menjalankan kegiatan tanaman. Tanah kita yang sesuai untuk tanaman adalah sebanyak 14.8 million hektar yang terdiri daripada 7.15 million hektar di Semenanjung Malaysia, 3.15 million hektar di Sabah dan 4.5 million hektar di Sarawak. Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik untuk tanaman makanan. Ini adalah kerana kawasan yang sesuai untuk tanaman makanan bukan sahaja terdiri daripada kawasan tanah rendah malah mempunyai kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland.

Tambahan pula, jaminan makanan dan peningkatan dalam pengeluaran makanan dapat dicapai jika penggunaan tenaga buruh dari lapisan masyarakat yang terdiri daripada golongan sederhana dan miskin. Ini kerana mereka mempunyai potensi yang tinggi untuk menjalankan tugas ini. Malaysia juga mempunyai banyak pusat kajian dan pembangunan yang dapat menyalurkan maklumat-maklumat dan sokongan yang diperlukan dalam pertanian lestari. Pusat-pusat ini dapat memberikan latihan dan maklumat mengenai cara yang lebih berkesan dan latihan kepada para petani.


Menerusi pendidikan dan penyedaran, para petani dapat meningkatkan pengetahuan mengenai cara teknologi baru untuk menghasilkan produk pertanian yang lebih berkualiti. Selain itu, pusat-pusat kajian dan pembangunan juga dapat membantu para petani meningkatkan taraf hidup mereka dengan memperkenalkan teknik-teknik yang lebih berkesan.Pusat kajian ini juga boleh membantu dari segi memberikan para petani benih organik dan pinjaman kepada para petani. Kedudukan Malaysia yang tidak mengalami bencana alam seperti ribut taufan, letupan gunung berapi, gempa bumi dan sebagainya telah memberi sumbangan kepada Malaysia menjadi sebuah negara yang penuh dengan potensi.



CADANGAN 

kerajaan perlu memainkan peranan dalam pelbagai bidang sekiranya Malaysia ingin menjadi satu badan keselamatan makanan. Antara yang boleh dilakukan oleh kerajaan:

a) Institut dan pembentukan semula untuk pembahagian tanah yang sama rata untuk orang miskin yang tiada tanah dan tumpuan kepada penstrukturan semula hakmilik tanah dikalangan bukan pengusaha atau ketiadaan tuan tanah.

b) Menawarkan subsidi secara langsung untuk menjadikannya stabil dan teknologi pertanian organik dan menghapuskan subsidi yang dapat menggalakkan aktiviti pencemaran.

c) Skim perlaksanaan untuk tidak menggalakkan tanah perladangan daripada terbiar, menggalakkan penanaman tanaman makanan dan memperkenalkan system pengairan.

d) Menggalakkan penghasilan tanaman makanan baru, membantu petani memasarkan keluaran pertanian mereka dan memudahkan pemasaran secara terus antara petani dan pengguna.

e) Membekalkan sumbangan kewangan yang mencukupi untuk membantu komuniti perladangan untuk meningkatkan araf sosial ekonomi dan membekalkan infrastruktur untuk memperbaiki cara hidup mereka.


Terdapat juga beberapa langkah tambahan yang sepatutnya diambil oleh kerajaan Malaysia
untuk mengekalkan keselamatan makanan. Iaitu:-

1. Mengurangkan jurang antara bidang, pekerjaan, jabatan: dalam sfera biologikal, pengabaian kawasan boleh dilihat dibeberapa bidang antaranya tanaman, haiwan, jerami, pokok, air bawah tanah dan ikan. Melibatkan perkara antara disiplin dan antara jabatan. Contohnya, pakar haiwan lebih menumpukan sains veterinari dan kesihatan haiwan daripada nutrisi haiwan itu sendiri. Pakar pertanian hanya menitikberatkan hal berkaitan tanaman dan penanaman. Kolam-kolam ikan dikendalikan oleh jabatan perikanan dimana jabatan ini lebih menumpukan kepada bidang yang luas dalam perikanan marin, dan pertanian dan perhutanan yang boleh menghasilkan makanan untuk penternakan ikan. Pembaziran tanaman diabaikan keseluruhannya. Bagi contoh peristiwa ini, pengkhususan yang dibina dari dalam, konservatif dan penegasan pembelajaran di universiti, institute penyelidikan, dan jabatan kerajaan tidak mengendahkan peluang yang wujud. Kerajaan sepatutnya membangunkan bidang pekerjaan yang baru yang berkaitan dengan disiplin dan bidang pekerjaan itu.

2. Memperkenalkan tanaman baru: penanaman buah buahan hutan seperti rambutan pacat, redan, kelat layu, kasai, mata kucing, isau, sau dan kakus yang senang didapati di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Dimana tumbuhan buah buahan ini mempunyai potensi yang baik untuk menjadi terkenal sekiranya dikomersilkan. Tanaman ini mampu bertahan daripada serangan serangga perosak dan penyakit kerana ianya adalah tumbuhan hutan dan liar dan senang untuk ditanam tanpa perlu penjagaan yang intensif. Bunching onion (Allium fistulosum L.) adalah tanaman tanah rendah baru yang berpotensi. Bunching onion ini lebih lembut, manis dan kurang serat dari bawang perai. Tanaman ini biasanya tahan kepada lembapan. Bunching onion boleh dituai pada 2 ˝ -3 bulan selepas pemindahan tanaman. Melibatkan kawasan seluas 35-45 tan per hektar dan pada harga RM 1/kg bekas ladang, anggaran keuntungan bersih per hektar adalah RM 7,325.

3. Pengeluaran tanaman yang bebas racun serangga: sayur sayuran yang bebas racun serangga boleh ditanam di bawah perlindungan hujan. Peneduhan ini menghasilkan persekitaran yang lebih sesuai untuk penanaman disamping mengurangkan serangan daripada serangga peosak dan penyakit, menghasilkan kawasan tanaman yang tinggi dan pengeluaran yang lebih berkualiti. Tanaman di bawah perlindungan hujan melindungi tanaman daripada air hujan, mengurangkan berlakunya jangkitan penyakit yang biasanya berlaku sewaktu pokok basah, dan ini akan membolehkan penggunaan kimia dapat digunakan seminimum mungkin.

4. Ketelitian perladangan: amalan perladangan yang dilaksanakan adalah untuk mencapai peningkatan dalam ekonomi dan biologikal yang effisien dalam perladangan dan, dalam masa yang sama mengurangkan kesan pertanian kimia pada persekitaran. Kekurangan nutrisi boleh mengurangkan pertumbuhan tanaman dan kualiti tanaman yang rendah, sementara penggunaan baja yang berlebihan juga boleh menyebabkan ketidaksuburan keturunan kualiti dan mencemarkan alam sekeliling. Ketelitian perladangan boleh memberi kesan kepada kos input dan kualiti tanaman.

Potensi untuk :
  • Hasil tuaian yang lebih tinggi dengan tahap input yang sama
  • Hasil tuaian yang tinggi dengan input yang rendah
  • Hasil tuaian yang sama dengan input yang kurang

5. Sistem saliran pertanian: faktor ini adalah amat penting untuk meningkatkan hasil makanan dan serat-dimana ia adalah amat penting untuk membekalkan keperluan asas seperti nutrisi dan pakaian. Sistem saliran pertanian telah meningkat dan menyebabkan bekalan air menyusut. Untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan air menggunakan kaedah “water harvesting” dimana ia bermaksud mengumpulkan bekalan air untuk mengairi tanaman dan penternakan. Keberkesanan penggunaan air boleh dipertingkatkan secara fizikal dengan mengurangkan kandungan air yang digunakan per unit untuk mengairi tanaman. Petani juga boleh menggunakan bekalan air yang terdapat daripada kolam ikan. Ini dapat mengalakkan penggunaan kitar semula air.




5  KUNCI KE ARAH MAKANAN YANG SELAMAT

1. Jaga Kebersihan
  • Cuci tangan sebelum makan
  • Cuci tangan selepas ke tandas
  • Bersihkan permukaan dan peralatan yang digunakan ketika memasak
  • Pastikan dapur bebas daripada serangga dan bintang
KENAPA?
Walaupun kebanyakkannya tidak menyebabkan penyakit, mikroorgamisma yang berbahaya boleh ditemui dalam tanah, air, binatang dan manusia. Ia berpindah menerusi tangan, kain untuk mengelap, dan peralatan, terutama papan pemotong. Sentuhan yang sedikit sekalipun boleh memindahkannya kepada makanan dan membawa penyakit bawaan makanan.

2. Asingkan makanan mentah dan makanan yang dimasak

  • Asingkan daging dan makanan laut daripada makanan lain
  • Gunakan peralatan memasak seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza ketika mengendalikan makanan mentah
  • Simpan makanan dalam bekas untuk mengasingkan makanan mentah dengan makanan yang sudah di masak
KENAPA?
Makanan mentah, khususnya daging dan makanan laut serta airnya boleh mengandungi mikroorganisma berbahaya. Ia boleh berpindah kepada makanan lain ketika makanan itu disimpan atau disediakan.

3. Masak Dengan Secukupnya

  • masak makanan seperti daging, telur dan makanan laut dengan teliti
  • Pastikan sup dan air rebusan mencapai tahap mendidih (suhu mencecah 70 °C ). Bagi daging (ayam, itik, lembu dan seumpamanya) jernih, bukan merah jambu. Sebaiknya gunakan termometer
  • Panaskan semula makanan  yang sudah dimasak dengan secukupnya.
KENAPA?
Kaedah memasak yang sempurna membunuh hampir semua mikroorganisma yang berbahaya. kajian mendapati makanan yang dimasak hingga mencapai suhu 70 °C memastikan ia selamat untuk dimakan.

 4. Simpan makanan pada paras selamat

  • Jangan biarkan makanan yang sudah dimasak berada pada suhu bilih lebih dari 2 jam
  • simpan dalam peti sejuk semua makanan yang dimasak dan lebihnya ( di bawah 5 °C )
  • Jangan simpan makanan terlalu lama, sekalipun dalam peti sejuk. Jangan sejukkan makanan pada suhu bilik
KENAPA?
Mikroorganisma mudah membiak jika makanan disimpan pada suhu bilik. Dengan mengekalkan suhu di bawah 5 °C atau melebihi 60 °C, pembiakan mikroorganisma boleh diperlahankan atau dicegah.


5. Gunakan air, bahan mentah yang selamat

  • Gunakan air yang bersih atau rawatlah ia supaya menjadi air yang selamat untuk digunakan 
  • Pilih makanan yang tulen dan segar
  • Pilih makanan yang diproses  untuk keselamatan, misalnya susu pasteur
  • Basuh buah dan sayur terutama jika mahu dimakan mentah
  • Jangan ambil makanan yang sudah lup[ut tarikhnya
KENAPA?
Bahan- bahan mentah termasuk ais dan ais mungkin dicemari mikroorganisma dan bahan kimia berbahaya. Bahan kimia toksik boleh terbentuk dalam makanan yang sudah rosak atau berkulat. Pemilihan bahan mentah yang betul dan amalan membasuh serta mengupas kulit buah mengurangkan risikonya.


JAMINAN MAKANAN DEMI KESELAMATAN NEGARA

SEKARANG keselamatan negara bukan sahaja boleh diganggu gugat oleh pihak musuh luar dalam bentuk peperangan, ia juga boleh diganggu gugat oleh masalah kekurangan dan kenaikan harga bekalan makanan asasi. Pengarah Eksekutif Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Josette Sheeran, menggunakan istilah 'the silent tsunami' atau tsunami senyap untuk menggambarkan keadaan yang berlaku sekarang.

Kekurangan dan kenaikan harga bahan makanan bukan sahaja mencetuskan masalah kelaparan dan kekurangan zat makanan, malah ia boleh menimbulkan suasana tidak aman dan keresahan di kalangan masyarakat awam. Buktinya dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, PBB sudah mencatatkan lebih 34 buah kerajaan berhadapan dengan masalah tunjuk perasaan dan rusuhan barang makanan di serata dunia.

Malaysia sebagai sebuah negara yang masih belum mencapai tahap sara diri pengeluaran bahan makanan bagi keperluan penduduknya tidak terkecuali daripada menerima tempias tsunami senyap ini.

Apa yang dikatakan sebagai jaminan barangan makanan dan apakah pelaksanaan yang dilakukan oleh kerajaan kita untuk memastikan bekalan makanan mencukupi dan harganya terkawal?

Bagi menjawab persoalan pertama, takrifan berkenaan jaminan barangan makanan perlu kita perhalusi. Perkara ini penting bagi memastikan masyarakat memperolehi makanan asas yang berkhasiat tanpa perlu berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan atau terpaksa membayar pada harga yang melampau.

Di Malaysia, sebelum kerajaan memperkenalkan Majlis Harga Negara dan Dasar Jaminan Makanan Negara pada awal Januari dan Mei 2008 yang lepas, negara sebenarnya sudah menggariskan matlamat untuk meningkatkan jaminan makanan kepada masyarakat sepuluh tahun dahulu di dalam Dasar Pertanian Negara (1998-2010).

Namun begitu sejauh mana matlamat ini telah dicapai memandangkan tempoh dasar akan berakhir tidak lama lagi?

Berdasarkan kepada maklumat-maklumat data yang dimuatkan di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), tahap sara diri negara bagi komoditi beras untuk 2005 berada pada tahap 72 peratus sahaja. Manakala bagi sayur-sayuran, keluaran perikanan, daging lembu dan susu masing-masing berada pada kadar 74, 91, 28 dan lima peratus sahaja.

Ini secara tak langsung menggambarkan betapa tidak terjaminnya kestabilan paras harga makanan penduduk Malaysia selain mereka juga terdedah kepada ancaman kekurangan bekalan kerana masih perlu bergantung kepada import luar.

Di Malaysia, daripada 6.38 juta hektar tanah yang digunakan untuk pertanian negara, hanya 0.452 juta hektar saja yang ditanam padi. Jika dibandingkan dengan tanaman komoditi eksport seperti kelapa sawit dan getah, angka ini sebenarnya sangat kecil kerana keluasan tanaman sawit dan getah negara pada 2005 masing-masing sebanyak 4.1 juta dan 1.25 juta hektar.

Keluasan tanaman padi pada 2005 itu sebenarnya merosot jika dibandingkan dengan keluasannya pada tahun 2000 iaitu 0.478 juta hektar. Dijangkakan menjelang 2010, angka ini akan menurun kepada 0.45 juta hektar.

MengapaTentu timbul pertanyaan di fikiran kita mengapa kita sangat maju dalam bidang pertanian kelapa sawit dan getah tetapi agak ketinggalan dalam soal pertanian makanan terutamanya dalam penghasilan padi?

Hal ini boleh diterjemahkan sebagai suatu kegagalan Dasar Pertanian Negara - walaupun ia bukanlah suatu kegagalan yang menyeluruh - yang mungkin berpunca daripada ketiadaan kesungguhan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak berwajib untuk mencapai apa yang direncanakan melalui dasar yang dibuat.

Di sini pihak pembuat dasar perlu peka dalam menentukan keutamaan sesuatu dasar yang ingin dilaksanakan.

Walaupun sawit dan getah menjana pendapatan yang banyak untuk negara mahupun kepada para peneroka, kita tidak seharusnya mengabaikan kebajikan sendiri.

Jika kita mampu mengorbankan pelbagai sumber pengeluaran negara seperti kewangan, kepakaran, teknologi dan sebagainya untuk membangunkan ladang sawit dan getah negara dan seterusnya membantu negara pengimport memenuhi keperluan mereka.

Apa salahnya jika kita menggunakan sumber-sumber itu juga untuk membangunkan sektor pertanian makanan bagi mencukupkan keperluan asasi masyarakat setempat.

Penulis bukan bermaksud untuk mengatakan kita perlu mengabaikan tanaman eksport. Tetapi kita perlu meletakkan keutamaan dalam melaksanakan sesuatu itu berdasarkan kepada tingkat yang betul.

Dalam penjelasan mudah faham daruriyyat, hajiyyat dan tahsinat perlu diguna pakai pada setiap ketika. Jika ia dapat dilaksanakan mengikut fahaman ini seterusnya amatlah mudah untuk kita mencapai tujuan dan matlamat perundangan Islam (maqasid as-syariah) iaitu untuk menjaga dan memperkasakan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.