TIPS

Tajuk: Kurangkan Pengambilan Gula
Tip:  Apakah itu GULA?
Gula ialah bahan yang menambah kemanisan dalam makanan dan minuman. It wujud secara semulajadi dalam makanan atau ditambahkan semasa penyediaan makanan dan minuman atau ketika proses pembuatan.

Gula yang paling kerap dijumpai ialah gula putih bertapis yang diperbuat daripada tebu. Jenis gula ini sering digunakan untuk memaniskan pelbagai jenis minuman seperti kordial, sirap, minuman berkarbonat dan jus buah-buahan. Gula juga ditambah sebagai pemanis dalam biskut, jem, kek, coklat, aiskrim dan makanan lain.

Pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi terlalu banyak gula yang ditambah boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Jenis Gula
1) Gula Semulajadi
Gula yang terdapat dalam makanan secara semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran (starchy vegetable), susu dan produk tenusu.

2) Gula Tersembunyi
Gula yang ditambah ketika penghasilan dan penyediaan makanan dan minuman seperti dalam masakan, kek dan konfektionari.

Kesan Gula Terhadap Kesihatan
1. Meningkatkan risiko berat badan berlebihan dan obesiti yang boleh menyebabkan penyakit diabetes (kencing manis) dan penyakit jantung
2. Mengganggu sistem gastrointestinal badan
3. Menggalakkan pembentukan karies gigi
4. Menyebabkan kekurangan nutrien kerana keinginan individu untuk mengambil gula yang berlebihan dari makanan yang berkhasiat.

Tip-Tip Mengurangkan Pengambilan GULA
1. Kurangkan pengambilan makanan manis seperti kek, biskut, coklat, aiskrim, dan snek berperisa.
2. Kurangkan pengambilan minuman berkarbonat dan jus buah-buahan yang ditambah gula.
3. Kurangkan atau elakkan pengambilan gula dalam minuman teh atau kopi.
4. Kurangkan gula dalam resipi masakan.
5. Baca label makanan dan pilih produk yang ada kandungan gula yang rendah atau tiada langsung.
6. Makan buah-buahan sebagai pencuci mulut atau kurangkan makanan pencuci mulut yang mengandungi gula yang tinggi.
HADKAN PENGAMBILAN GULA KEPADA 10 SUDU TEH SAHAJA SEHARI

Kandungan Gula dalam makanan tempatan
Jenis Berat setiap satu (g) Kandungan Gula (g) Bersamaan = sudu teh gula
Kuih Koci 70-90 18-25 4 1/4
Kuih Keria 40-50 10-13 2 1/4
Kuih Seri Muka 110-120 10-13 2 1/4
Donut 45-55 7-10 1 3/4
Kuih Lapis 120-140 5-7 1 1/4
Lepat Pisang 65-75 10-13 2 1/4
Puding Jagung 70-80 10-13 1 3/4
Bingka Ubi Kayu 70-90 18-25 4 1/4

Kandungan Gula dalam Minuman
Jenis Minuman Kandungan gula (g/100ml) Kandungan minuman Kandungan gula setiap minuman (g) Bersamaan = sudu teh gula
Oren 13.29 278 37.8 7 1/2
Jus Limau 14.15 332 47.0 9 1/4
Root Bir 11.53 342 39.4 8
Kola 11.25 285 32.1 6 1/2
Jus Mangga 12.28 250 30.7 6
Jus Jambu 12.84 250 32.1 6 1/2


Tajuk: Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya
Tip:
MAKANAN SEIMBANG KURANGKAN RISIKO PENYAKIT BERBAHAYA


Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida.
Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?
Kanser (Barah)
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.
Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)
Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.
Lebihan kolesterol
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.
Tekanan darah Tinggi
Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.
Osteoporosis
Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.
Spina Bifida
Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.

Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)




Vitamin


KEPERLUAN VITAMIN UNTUK MANUSIA
Vitamin ialah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat dan lemak dalam badan anda.
Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.
Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.
Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil.
Cuma, anda perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien.
JENIS-JENIS VITAMIN
Jenis vitamin Fungsi
Larut dalam lemak :
Vitamin A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
Vitamin D Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.
Vitamin E Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
Vitamin K Bagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
Larut dalam air:
Vitamin C
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
Vitamin B(B1B2,B3B5,B6B12) Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.
APA AKAN TERJADI JIKA TIDAK MENGAMBIL VITAMIN
Semua orang digalakkan mengambil vitamin. Lebih-lebih lagi, anda yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging.
Vitamin juga bagus untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien.
Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan vitamin. Pengambilan vitamin akan membantu tubuh berfungsi secara normal.
Kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit.
Misalnya, rabun(kurang vitamin A) dan anemia(penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah) Penyakit anemia ini adalah disebabkan kekurangan vitamin B12 atau zat besi.
MAKANAN YANG BOLEH MENGGANTIKAN VITAMIN
Susah hendak mendapatkan vitamin?
Anda jangan risau sebab vitamin ada di rumah anda sendiri. Di dapur ada banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin yang tersendiri.

Boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya.
i) Tomato - kaya dengan vitamin A, C, dan serat juga zat besi.
ii) Avokado - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C.
iii) Pisang - vitamin A dan C, potasium dan zat besi.
iv) Nanas - vitamin A, B, dan C.
v) Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A.
vi) Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1.
vii) Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2.
viii) Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D.
ix) Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E.
x) Kubis dan daun salad - penyumbang kepada vitamin K.
PANDUAN MENGAMBIL VITAMIN
Di bawah ini adalah tip dan panduan berkenaan pengambilan vitamin: a. Pastikan vitamin yang diambil telah mendapat kelulusan doktor dan klinik yang berdaftar.
Jangan mengambil sebarangan vitamin kerana bimbang ia tidak mendapat kelulusan yang ditetapkan. Ikuti nasihat doktor pakar sekiranya anda dikehendaki mengambil vitamin.
b. Baca terlebih dahulu label dan kandungan vitamin yang terdapat pada botol.
Anda perlu tahu vitamin apa yang anda ambil dan makan. Adakah keterangan yang terdapat di botol tersebut tertulis vitamin A atau C. Kalau anda merasa ragu-ragu dengan tulisan pada botol tersebut, minta bantuan ibu atau ayah anda atau pun daripada pakar perubatan. Ini kerana mungkin ada perkataan yang anda tidak fahami berkenaan vitamin tersebut.

c. Jangan mengambil dos secara berlebihan.
"Kalau makan banyak vitamin, adik lagi sihat kan?" tanya Yani kepada emaknya. Sebenarnya tidak semestinya mengambil vitamin dalam kuantiti yang banyak membuatkan anda lagi sihat sebaliknya anda akan mengalami pelbagai penyakit disebabkan kesilapan mengambil dos. Jadi, ambillah vitamin pada kadar yang telah ditetapkan. Lazimnya, tidak melebihi dua biji untuk satu jenis vitamin.
d. Minta ibu bapa temani semasa mengambil vitamin bagi kanak-kanak.
Sebaiknya kehadiran ibu atau bapa di sisi kanak-kanak semasa mengambil vitamin adalah lebih elok. Ini adalah penting untuk menggelakkan daripada berlakunya kesilapan pengambilan vitamin.
e. Pastikan vitamin disimpan di tempat yang selamat.
Vitamin seelok-eloknya disimpan di tempat yang kering dan sejuk. Ia juga tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari. Ini adalah untuk mengelakkan daripada nutrien vitamin hilang.

Info dari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Vitamin


Apakah dia Piramid Makanan?
Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari .

Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?
Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:
Paras 1
Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian

Paras 2
Buah-buahan dan sayur-sayuran

Paras 3
Ikan, ayam dan itik, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu

Paras 4
Lemak, minyak, gula dan garam



Berapakah sajian yang perlu kita ambil dalam sehari? Paras 1
Biji-bijian dan bijirin serta produk ubi-ubian (8-12 sajian)

Paras 2
Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian)

Paras 3
Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian)

Paras 4
Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)



Apakah itu saiz sajian?
Saiz sajian merujuk kepada jumlah makanan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar ganti.
Apakah yang membentuk sajian?


Jenis Makanan Satu Sajian
Bijirin & produk bijirin dan ubi-ubian Contoh. : Nasi, roti, bijirin, mee, keladi, kentang * ½ cawan nasi putih * ½ cawan mi/bihun/kuewtiau/pasta
* 1 keping roti bijirin penuh
* ½ keping capati (saiz kecil)
* 1 cawan bubur nasi
* ½ cawan bijiran sarapan
* 1 biji ubi kentang saiz sederhana
* 3 keping biskut tawar/krim
Sayur-sayuran
* ½ cawan sayuran berdaun hijau tua * ½ cawan sayuran buah atau ubian
* ½ cawan lain-lain sayuran
Buah-buahan * ½ biji jambu batu saiz sederhana * 1 potong betik / tembikai / nanas
* 1 biji pisang / oren / pir / epal
* ½ cawan jus buah (tanpa gula)
Susu dan Produk Tenusu * 1 cawan susu * ½ cawan dadih
* 1 keping keju
* * tenusu rendah lemak lebih digalakkan
Telur, daging, ayam, ikan dan kekacang

* 1 ketul peha ayam saiz sederhana * 1 ekor ikan kembung
* 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis
* 5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
* ½ cawan kekacang kering
* 4 sudu makan udang kecil dengan kulit
* 1 keping tauhu
* 1 keping tempe
* 1 biji telur saiz sederhana (gred C)

Info dari: Healthy Lifestyle Campaign 1997, Healthy Eating : Manual Prime and Supportive Messages, Ministry of Health Malaysia


TIP UNTUK MENYIMPAN MAKANAN DENGAN SELAMAT
Pengenalan
Jika makanan tidak disimpan dengan selamat, ia akan menjadi tempat untuk bakteria membiak dan perubahan kimia akan berlaku. Cara menyimpan makanan yang betul adalah penting kerana:
  • Untuk memastikan makanan berada dalam keadaan yang selamat sehingga dimakan.
  • Untuk mengekalkan rupa dan rasa makanan tersebut.
  • Untuk kesedapan makanan tersebut.
  • Untuk mengekalkan khasiat makanan tersebut.
Makanan perlu disimpan pada suhu yang betul, persekitaran yang bersih dan dimakan sebelum tarikh luput.
Fakta penting
  • Menyimpan dengan betul akan membantu untuk meminimakan makanan menjadi basi, tercemar dan membazir.
  • Makanan yang telah dimasak boleh menjadi tercemar walaupun bercampur dengan sedikit sahaja bahan mentah.
  • Meyimpan dalam peti sejuk adalah cara yang mudah dan selamat untuk menyimpan makanan bagi tempoh masa yang singkat.
  • Jangan basuh sayur-sayuran hijau sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
  • Simpan mentega atau marjerin berasingan dari ikan dan buah-buahan kerana ia boleh berubah dengan bau tersebut.
  • Jangan bekukan kembali makanan selepas dinyahbekukan.
  • Simpan telur dan yang berasaskan telur berasingan dari bawang kerana ia boleh berubah dengan bau bawang.
  • Makanan untuk bayi mesti segar dan buang lebihan makanan tersebut (ia tidak sepatutnya disimpan langsung).
  • Baca label pada pembungkus/bekas makanan untuk cara menyimpan sebelum dan selepas membukanya.
Bagaimana untuk menyimpan makanan dengan betul?
Ada beberapa cara untuk menyimpan makanan:
  • Penyejukan
  • Pembekuan
  • Penyimpanan pada suhu bilik
Cara untuk menyimpan makanan bergantung kepada jenis makanan.
Bagaimana cara makanan disimpan di dalam peti sejuk?
Peraturan untuk menyimpan makanan di dalam peti sejuk:
Anda perlu:
  • Simpan semua makanan yang telah dimasak di dalam bekas yang bertutup, beg plastik yang bertutup, di bungkus dengan plastik nipis atau kertas aluminium. ( Ini adalah untuk mengurangkan pengeringan, pencemaran, perubahan bau dan tumpah)
  • Simpan makanan yang telah dimasak di bahagian atas dan bahagian yang berbeza dengan yang mentah (Ini disebabkan oleh kerana bahan mentah seperti daging mentah dan sayur-sayuran biasanya mengandungi bakteria yang merbahaya yang boleh mencemar makanan yang telah dimasak dan menyebabkan keracunan dan basi)
  • Simpan bahan mentah yang mungkin akan tumpah di dalam bekas. Letakkan di bahagian bawah peti sejuk (Ini adalah untuk menggelakkan tumpahan dari bahan mentah boleh mencemar makanan yang telah dimasak)
  • Simpan telur dan makanan yang berasaskan telur di bahagian yang lebih sejuk. (Ini adalah kerana suhu yang lebih rendah melembapkan pembiakan bakteria)
  • Bungkus sayur-sayuran dengan bekas plastik yang berlubang. (Kenapa?Ini akan mengurangkan kehilangan air dan untuk peredaran udara)
  • Letak sayur-sayuran dan buah-buahan di bahagian bawah peti sejuk. (Ia bertujuan untuk mengelakkan daripada rosak oleh pembekuan)
Anda jangan:
  • Menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka dalam peti sejuk. Pindahkan makanan tersebut ke dalam bekas plastik atau kaca sebelum disimpan ke dalam peti sejuk. (Ini adalah kerana jika disimpan dalam tin yang asal, kandungannya akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah ke udara)
  • Simpan makanan yang panas ke dalam peti sejuk. (Makanan yang panas perlu disejukkan dulu sebelum disimpan untuk menghalang pertambahan kelembapan dan mengekalkan suhu di dalam peti sejuk)
  • Padatkan rak-rak di dalam peti sejuk. (Ini adalah untuk membolehkan udara yang sejuk beredar dengan baik di dalam peti sejuk)
  • Menyimpan daging, ikan dan ayam di dalam peti sejuk lebih dari 3 hari. (Ini adalah disebabkan kandungan protein dan kelembapan yang tinggi di dalam makanan tersebut akan menggalakkan pembiakan bakteria dan menjadi busuk)
  • Menyimpan makanan atau lebihan makanan lebih dari 5 hari.
Apakah yang dikatakan menyimpan beku? Menyimpan pada suhu yang mengekalkan makanan dalam keadaan beku. Makanan yang disimpan dalam bahagian beku boleh disimpan untuk tempoh yang lebih lama.
Peraturan untuk menyimpan makanan di bahagian beku:
Anda perlu:
  • Simpan daging, ayam dan ikan dalam bekas, beg plastik yang kedap udara atau dibungkus dengan pembungkuspolyethylene. (Ini adalah untuk menghalang kehilangan kelembapan dan untuk mengelakkan pencemaran bahan makanan lain dengan baunya)
  • Potong daging dan ayam kepada bahagian yang lebih kecil. (Bahagian yang lebih kecil akan lebih mudah dibekukan dalam masa yang singkat)
  • Bungkus makanan dengan lapisan plastik atau beg beku sebelum disimpan ke dalam bahagian beku peti sejuk
  • Basuh daging, ikan dan ayam dengan sempurna sebelum disimpan di dalam peti beku
Anda jangan:
  • Menyimpan buah-buahan atau sayur-sayuran di dalam bekas beku. (Suhu pada tahap beku akan merosakkan tisu buah-buahan dan sayuran)
  • Masukkan ramuan ke dalam ayam sebelum disimpan. Masukkan ramuan hanya apabila ingin dimasak.  (Ini adalah kerana peti sejuk di rumah tidak cukup sejuk untuk membekukan daging ayam yang disumbat itu dalam masa yang singkat)
  • Menyimpan padat bahagian beku peti sejuk anda. (Untuk membenarkan udara sejuk mengalir)
  • Membekukan makanan dalam tin. (Pada tahap beku kandungan dalam tin itu akan mengembang dan keadaan ini akan merosakkan tin tersebut dan menyebabkan ia tumpah)
Bagaimana untuk menyimpan makanan pada suhu bilik?
Cara untuk menyimpan makanan pada suhu bilik:
Anda mesti :
  • Menyimpan makanan kering seperti tepung, gula, beras dan serbuk teh di dalam bekas yang bertutup rapat.(Untuk menghalang pencemaran oleh serangga dan tikus)
  • Simpan makanan dalam tin di tempat yang sejuk.
  • Simpan sayuran seperti ubi kentang dan bawang di tempat yang sejuk dan kering, jauh dari sinaran langsung matahari untuk menghalang makanan tersebut dari bercambah.
  • Simpan susu yang telah dinyahkuman atau UHT di tempat sejuk. Simpan di dalam peti sejuk apabila telah dibuka dan habiskan dalam masa seminggu.
  • Simpan roti pada suhu bilik di dalam bekas yang bersih, kering dan berangin.
  • Simpan tepung dalam bekas asalnya di tempat yang sejuk, kering dan berangin. Jangan campur tepung yang lama dengan yang baru.
  • Simpan buah-buahan yang belum masak seperti pisang pada suhu bilik.
  • Jauhkan makanan dari dinding dan paip-paip bagi mengelakkan dicemari oleh tikus dan serangga.
  • Pastikan kabinet untuk menyimpan makanan bersih, kering dan berangin.
Anda jangan :
  • Menyimpan makanan bersama-sama dengan bahan kimia, ubat-ubatan dan racun seperti racun serangga, racun rumpai, racun tikus, peluntur dan sabun.
  • Biarkan makanan yang telah dimasak terhidang lebih dari 4 jam pada suhu bilik.

Info dari : http://www.myhealth.gov.my




TIP JIMATKAN AIR DI RUMAH ANDA

  • Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah
  • Kurangkan masa mandian atau gunakan paip air perenjis mandian bertekanan rendah
  • Jangan biarkan air mengalir di sinki ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur. Cara terbaik ialah dengan menakung air di dalam bekas
  • Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui proses penyejatan akibat cuaca panas
  • Ubah suai alat siraman di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil gunakan baldi atau salur getah.
  • Pastikan rumput di taman dalam keadaan lebih kurang 6cm kerana rumput yang  sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan
  • Gunakan penyapu untik membersihkan kawasan luar dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap atau  kotoran
  • Gunakan bekas pengairan seboleh mungkin untuk menyiram taman
  • Jangan biarkan air mengalir semasa mencuci pinggan mangkuk, gunakan air yang dipenuhkan di dalam singki.
  • Simpan sebotel air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk
  • Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah
  • Gunakan air yang dikumpulkan semasa hujan untuk kegunaan di dalam garaj, di taman dan jika boleh untuk curahan tandas anda.



Panduan Makanan Laut Mengikut Kategori
DISYORKAN, FIKIR DULU DAN ELAKKAN



DISYORKAN                                  FIKIR DULU                               ELAKKAN

Lala                                                     Terubok                                        Bawal Putih
Ikan Bilis                                             Siput retak Seribu                          Bawal Hitam
Selar Kuning                                        Timun Laut                                    Pari
Sotong Mengabang                              Jenahak                                         Kerisi
Belanak                                               Senangin                                        Parang
Tongkol                                               Ketam Bunga                                Ikan Sebelah
Kembong                                             Ikan Merah                                   Bulus
Tenggiri                                               Udang Putih                                   Sotong Biasa
Cencaru                                               Kerapu Sonah                               Sotong Katak
Siakap Merah                                      Siakap                                           Udang Karang
Kerapu Tikus                                       Udang Harimau                             Udang Lobok
Kerapu Kertang                                   Udang Putih Pasifik                        Mameng
Bawal Emas                                         Kerapu Harimau                            Udang Lipan
Kerang                                                                                                      Kerepoh
Siput Sudu/Kupang                                                                                    Kunyit-Kunyit
Ketam Bakau                                                                                             Kerapu Bara
                                                                                                                  Kerapu Ekor Gelap
                                                                                                                  Kerapu Bintik
                                                                                                                   Jingga
                                                                                                                  Kerapu Lumpur
                                                                                                                   Kerapu Bebeh