Jambu -Epal Kelirukan Pembeli !



Baru -baru ini sejenis buah baru dijual di pasar Cameron Highlands. Peruncit mendakwa ia adalah kacukan antara jambu batu dan epal. Ia dijual dengan harga RM 10 untuk dua biji. Buah-buahan itu berwarna hijau dan merah.

Pelancong yang membelinya dari sebuah pasar di Cameron Highlands mengadu beliau ditipu penjual. Buah itu sebenarnya buah jambu batu yang tellah dikupas kulit dan dibentuk seperti epal.

Buah itu kemudia dimasukan ke dalam pewarna makanan tiruan seperti Brilliant Blue dan Tartrazine untuk memberikan warna hijau dan Carmoisine untuk memberikan warna merah

Dalam satu kajian di United Kingdom, pakar-pakar makanan menemui hubungan antara Tartrazine dan Carmoisine dengan masalah tingkah laku seperti mudah meradang, kurang tumpuan, hiperaktif dan kesan alahan dalam kalangan anak muda.


Sehubungan ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya membendung penipuan yang dilakukan oleh peruncit. Sementara itu, pembeli dinasihatkan supaya tdak membeli dan memakan buah kacukan jambu-epal ini.

4 comments:

  1. Naya kena tipu hdp2!pihak berwajip tdo lg kot

    ReplyDelete
  2. Oh yeke.. Baru beli semalam kat Area danau kota.. 2biji rm15.. Rase manis..abis sbiji.. Bru terbace..

    ReplyDelete
  3. Baru beli bekas bekas rm10 , da makan 3 bekas baru tahu bahaya. Ok stop makan !

    ReplyDelete