KENAIKAN HARGA MAKANAN telah menimbulkan masalah kelaparan, kesakitan dan kegelisahan dalam kalangan penduduk miskin seluruh dunia. Harga gandum naik sebanyak 130 peratus pada tahun 2007. harga beras di Asia naik dua kali ganda dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2008. Harga barangan keperluan lain seperti minyak masak, daging, dan produk tenusu turut naik.
Dari Haiti ke Cameroon hingga ke Bangladesh, orang ramai menyuarakan bantahan dan kemarahan secara terbuka kerana tidak mampu membeli makanan yang diperlukan. Bimbang dengan keadaan politik yanh kacau- bilau, pemimpin-pemimpin dunia telah merayu agar bantuan makanan, dana dan teknologi dihulurkan demi meningkatkan hasil pertanian.
Adakah ini bermaksud kekurangan makanan? Tidak. Kenaikan itu merupakan kesan langsung globalisasi neoliberal selama tiga dekad, yang mana keuntungan lebih penting daripada nyawa.
Petani di seluruh dunia mencatatkan sejumlah 2.3 bilion tan bijirin pada tahun 2007, naik 4 peratus dari tahun sebelumnya. Sejak 1961, output global naik tiga kali ganda sementara jumlah penduduk meningkat dua kali ganda. Sebenarnya makanan yang dihasilkan cukup untuk menampung keperluan semua orang. Masalahnya ia tidak sampai kepada yang memerlikannya.
Pakar-pakar telah memberi pelbagai penjelasan mengenai krisis makanan antaranya kemarau yang menjejaskan tanaman, permintaan yang tinggi dari China dan India, dan penukaran besar- besaran tanaman dan tanah kepada hasil keluaran biofuel. Kesemuanya menyumbang kepada krisis makanan semasa tetapi ia tidak menjelaskan dengan terperinci apa yang berlaku.
Keuntungan besar sebenarnya diraih oleh perbadanan dan pelabur. Cargill, pedagang terbesar bijirin dunia, menikmati 86 % peningkatan keutungan daripada dagangan komoditi dalam tempoh suku penggal pertama tahun ini. Bunge, satu lagi pedagang makanan yang terbesar memperolehi 77 % kenaikan pada tahun 2007. ADM , pedagang bijirin kedua terbesar di dunia, mencatat 67 % keuntungan.
Syarikat jualan runcit juga menikmati untung besar. Keuntungan Tesco, pasar raya besar milik UK mencatatkan keuntungan 11.8 % tahun 2007. peruncit utama lain seperti Carrefour (Perancis) dan Wal-Mart (AS) berkata jualan makanan menjadi sektor utama yang terus menikmati keuntungan.
Sejak 30 tahun yang lalu, Dana Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia telah mendesak negara-negara Dunia Ketiga supaya menghapuskan segala bentuk perlindungan untuk petani tempatan dan membuka pasaran kepada perniagaan tani dunia, spekulator dan mensubsidi makanan dari negara kaya. Akibatnya kebanyakkan negara membangun bertukar daripada menjadi pengeksport bersih kepada pengimport makanan.
Punca sebenar krisis makanan adalah globalisasi itu sendiri. Ia menukar makanan daripada menjadi sumber mata pencarian kepada satu komoditi yang amat menguntungkan dengan membelakangkan kelaparan penduduk miskin.
No comments:
Post a Comment