Coca-Cola Menjadi jenama barangan yang paling banyak diiklankan dengan kos iklan tahunan sekitar RM 5.4 (RM 5,400,000,000). Itulah sebabnya Coca-cola menjadi minuman yang paling laris di dunia.
Sungguhpun minuman ringan kini seolah-olah menjadi sebahagian daripada gaya hidup kita, namun kita kurang menitikberatkan tentang kandungannya. Malahan ramai di antara kita tidak menyedari bahawa minuman ini sebenarnya tidak berkhasiat. Kebanyakannya hanyalah air yang bercampur bahan-bahan berkarbonat, asid, pewarna, perisa dan pemanis yang membahayakan kesihatan.
Minuman ringan sering digelar makanan remeh kerana khasiatnya terlalu rendah berbanding risiko bahayanya yang tinggi ke atas kesihatan.Hakikatnya minuman ringan boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan antaranya osteoporosis (kerapuhan tulang), kegemukan, kerosakan dan kakisan pada gigi serta kanser. Kesemuanya disebabkan kandungan bahan ramuannya. Lebih buruk lagi ia boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak dan remaja.
Penemu bersama insulin, Dr Charles Best pernah mendakwa minuman ringan mempunyai banyak persamaan dengan minuman keras. Sirosis hati telah dikesan dalam remaja yang banyak meminum minuman ringan dan penagih alkohol yang kronik, demikian menurut penulis buku Consumer Beware, Beatrice Hunter.
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Institut Pemakanan di Rio De Janeiro ke atas kanak-kanak sekolah berusia antara 6 hingga 14 tahun yang meminum banyak Coke, Fanta dan Pepsi, kesemuanya menunjukkan masalah kekurangan zat makanan melibatkan protein/kalori.
No comments:
Post a Comment